Monday, December 15, 2008

Model Gundam 1st aku



Lama gler aku teringin model Gundam..ahernya aku ade gak sekor Gundam..hahaha..tp aku ade yg kecik nih je..xpela..beginner..msti kena pasang yg kcik2 dlu..lgipun yg kcik nih comel..nt2 kalo dh pro,aku beli ar yg besar plak..byk gler model2 yg aku tgk td..tp ak ske tgk yg ni..sbb ada wing..tp aku xtau plak apa nm yg nih..

Masa aku pasang2 Gundam tu..aku rs ssh giler nk pasang bhgian pinggang..brape kali tah aku try..last2 bjaya gak..nak pasang sticker pn pyh gak..kna perfect tuk 1st lekat..xleh nk alter2 dah..huhu..lps tu aku search kt internet..mcm2 je jenis yg aku jumpe..siap kaler2 lagi..lps ni aku nk blajar kaler2 plak..haha..

Aku mula tau model Gundam ni dr senior aku ms skolah mngh dlu..masa tu xmampu ag nak bli..so,tgk je la dia pasang..ahaha..ms tu mmg teringin gle nak bli..tp duit ckp tuk blanja tiap2 ari jek..huhu..lepas ni aku nk kumpul sume Gundam ar..kalo murah rezki..nak bli yg besar plak ar..hehehe..

Saturday, December 13, 2008

Bukan Hanya di Dunia..di Akhirat jua



Masa bosan2..aku surf kt blog ustaz aku kt kolej dlu..aku ttarik dgn fakta tentang tarikan perempuan..tarikannya bukan hanya didunia..malah diakhirat jua..sekadar ingin myedarkan diri yg alpa.

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

( Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?… pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

3. Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengatai dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah…. .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang/adik atau anak harus memainkan peranan,tanggungjawab & amanah mereka dengan sebaik yang mungkin.

Mari muhasabah diri masing-masing (termasuk diri saya sendiri).

Friday, December 12, 2008

best band ever..oag



korg tau x..OAG adlh band 1st yg mwakili malaysia utk asean idol..kewll!!
msti ada yg nak tau ape mksd OAG..OAG ialah singkatan kpd "old automatic garbage"
mnurut radhi-o iaitu 'otai OAG'..vocalis OAG..nm "old automatic garbage" dperoleh drpd mmpinya..yg mbawa mksud stiap yg "OLD" secara "automatic"nya akn mjadi "GARBAGE"

OAG dh mlahirkan 5 album sejak kmnculan pertama pd thn 1992..antara lgu yg syok dlayan ialah "60's TV", "SLUMBER", "NAME OF THE GAME", "PERMYSURI", "DANISH" dan macam2 lagi la..terbaru lagu merDAYka..tp aku xpenah dgr lgu nih..

aku mula minat OAG sejak aku form2..aku tau dr mmber aku..ms tu kalo leh sume pasal OAG aku nk follow..biasa la..ms tu kn tgh nak msuk alam remaja..wakakka..wpun ms tu hip hop tgh top..tp hati aku tetap kt OAG..hahaha..ahli OAG slalu btukar kecuali RADHI..no radhi..no OAG..ex-OAG yg aku tau ialah Andy (Flop Poppy), Naza,Alim & Mono (The Times)..

OAG slalu wat lagu gune word saintific dan bhs campo2..contoh cm lagu "Stereoku Monomu" dan "Venusia"...aku rasa ni la sbb OAG nih msh dterima bdk2 zmn skrg..lain dari yg lain..apa2 pn..OAG slumber!!

Thursday, December 11, 2008

surat yang menarik..

Aku ada something yg best nak share ngan korg..khas utk lelaki sahaja..hahaha..so,aku pon copy n paste le kat sini..wat tatapan kwn2..;)

suratnya cmni..

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman,
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman,
Terengganu.

22 OKTOBER 2008

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki
_________________


p/s: buang yg keruh,ambik yg jernih..;)

aku kembali....

dsebabkan bosan yg mlampau...aku pn muncul kembali ngan blog aku..bosan dah mgajar aku erti memblog..drpd aku wat mnde yg xbfaedah..baek aku maen blog kan??skrg aku dh nak msuk 2nd sem 3rd year..wow..xsangka cepatnye ms berlalu..aku ingat nk smbung balik kelas bahasa aku..ahahaha..lama tol dh bosan cmni..cuti=bosan...;)..tiada bola..sbb kt tempat aku xde kdai mamak..so..aku pn jadi la pemain blog..